FUNGSI BAHAGIAN PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN
Bertanggungjawab dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan pengurusan pentadbiran umum, kepegawaian, peruntukan Jabatan dan kewangan, bangunan dan logistik, penstoran dan sumber daya manusia. Bahagian ini juga bertindak sebagai urus setia kepada Jawatankuasa-jawatankuasa Pengurusan, Lembaga Tawaran Kecil DBP, Tekad Pemedulian Orang Ramai (TPOR), Kumpulan Kerja Cemerlang (KKC), Audit Dalaman, Manual Prosedur Kerja (MPK), Sokongan Pengurniaan Bintang-bintang Kebesaran dan Pingat-pingat Kehormatan serta Pingat Kerja Lama, Rumah Pangsa DBP, Disiplin Kakitangan, Teknologi Maklumat, Latihan, Kebajikan dan Kesejahteraan Kakitangan, Sukan Olahraga, Keagamaan dan Tabung DBP.